Monday, April 16, 2012

akan datang....Paluan Gendang PRU13!





Semua dijemput hadir. Jom ramai2 hijaukan bumi Sabah

Sunday, April 8, 2012

Realiti Perjuangan

Keceriaan dan kebahagian adalah impian setiap insan. Dan, untuk mencapai perkara tersebut, kita terpaksan melalui pelbagai onak duri cubaan untuk mampu kita meraih keindahan dalam kehidupan ini.

Pejuang Islam seringkali dimomokkan dengan pelbagai ujian, cabaran, dugaan dan rintangan. Sememangnya, sesiapa yang memilih perjuangan Islam sebagai cara hidup dan pegangan pendiriannya, pasti akan melalui perkara yang mungkin tidak seindah seperti mana yang sering diimpikan.

Adakah pejuang Islam tidak berhak mengecap kebahagiaan? Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bergembira?, Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bahagia?

Semua insan mahukan perkara itu! Itu lumrah naluri manusia. Islam tidak melarang pejuangnya untuk mengecapi bahagia. Banyak hadis dan para hukama yang menyeimbangkan perkara tersebut.

Namun, apa yang nak diperbincangkan disini ialah, menjadi seorang
pejuang Islam PASTI akan menerima pelbagai cemuhan, ejekan, perlian, pandangan sinis, umpatan dan sebagainya. Pejuang Islam akan dipandang ‘ganjil’ di mata masyarakat. Manusia yang sebenarnya pada pandangan masyarakat ialah menjadi ‘insan biasa’ seperti mana manusia lainnya. Menjadi pejuang Islam ialah satu tiket menjadi ‘insan luarbiasa’!

Di Malaysia, kebanyakan roh perjuangan Islam bermula di pengajian
terutama di institusi pengajian tinggi. Disitu, kebanyakan qadeer-qadeer yang baru, dididik dan di asuh agar menjadi pejuang yang hebat suatu hari nanti.Maka, klimaks yang berlaku di IPT ialah, satu pegangan dan tsiqah yang amat mendalam kepada perjuangan Islam. Mereka begitu sensitif berkaitan islam dan isu-isu dan timbul darinya. Ombak perjuangan meluap-luap kerana membaranya semangat cintakan Islamnya.

Semua ini adalah kerana mungkin:
1. mempunyai sahabat disekeliingnya
2. masih terkongkong dalam masyarakat kampus yang ratanya sama sepertinya.
3. ilmu yang sentiasa terhidang di depan mata


Perjuangan di IPT adalah satu-satunya perjuangan yang paling indah jika hendak dibandingkan dengan perjuangan di suasana lainnya.

Namun, keberadaan kita di IPT bukanlah selamanya! Yang selamanya ialah perjuangan kita! Perpindahan kita ke suatu tempat ke tempat yang lain bukanlah tiket untuk kita turut mengubah identiti diri kita yang
sentiasa Islam dulunya...

Realiti yang hendak disampaikan disini ialah, ‘itulah yang berlaku’!
Perjuangan di luar tidak seindah perjuangan di dalam. Maka, ramai yang tidak mahu menghadapi risiko kehilangan kebahagian akan mengambil jalan pintas sebagai pejuang Islam ialah dengan hanya menonton sahaja.

Sememangnya, jika tiada ketelusan hati yang jernih hanya pada Islam,
kita tidak mampu untuk mencari perjuangan! Jiwa lesu dan tidak tahu apa lagi yang hendak diperjuangkan.Sesiapa yang masih menjadikan Islam sebagai dirinya, pasti akan menerima
kritikan, di perli, dan sebagainya.

Akhirun kalam, walau apapun yang terjadi, istiqamahlah. Nilailah yang
mana kaca dan yang mana permata. Janji Allah pasti tiba! Jika bukan disini, pasti akan terjadi disana! Sesungguhnya kemanisan perjuangan Islam tidak seperti manisnya gula yang semua orang tahu akan kemanisannya. Ia seperti manisnya buah. Akan terasa manisnya, jika kita sendiri yang merasa dan memakannya!

Semarakkan Perjuangan!

Siapa Aku dihadapan Tuhanku?


"Apabila sembahyang di tinggalkan
Atau sembahyang dengan kejahilan
Atau sembahyang dengan kelalaian
Hubungan hamba dengan khaliqnya sangat cacat
Atau terus terputus

Kutuk dan laknat pun berlaku ke atas kepalanya
Oleh Allah,para malaikat,seluruh makhluk Allah
kecuali jin dan manusia.
Kalau begitu apalah erti kekayaan
Nama glamor tiada berguna
Bintang kehormatan yang akan menempa celaka
Dirikan sembahyang di atas waktunya
Di awal waktunya.

Pertahankanlah jemaah setiap waktu
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya
Hadirkan hati
Fahamkanlah maksudnya
Hayatilah tuntutan-tuntutannya
Rasakan kehebatan Allah
Menghina dirilah di hadapanNya
Agungkan dan besarkan zatNya
Hilangkan segala yang ada
Hanya kewujudannya sahaja kita rasa ada
Ingatlah sembahyang adalah amalan yang mula-mula sekali di periksa
Dirikanlah sembahyang dan jangan tinggal bersembahyang
Agar seluruh amalan kita di terima.

Friday, April 6, 2012

PAS sedia sertai himpunan Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 4 April: PAS hari ini menyatakan sokongan terhadap hasrat NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang akan mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini.

Sehubungan itu juga, naib presidennya Salahuddin Ayub (gambar) berkata, PAS juga tidak teragak-agak untuk menyertai himpunan itu kerana ia selari dengan perjuangan parti itu yang menuntut pembersihan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah katanya, ia juga selari dengan kandungan laporan minoriti yang ditolak oleh Dewan Rakyat semalam untuk dilampirkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

"Kita akan menyertai perhimpunan itu selain terus memperjuangkan kandungan laporan minoriti," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditanya pendirian parti itu terhadap pengumuman himpunan Bersih 3.0 oleh Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said pagi tadi.

Bagaimanapun pendirian rasmi PAS berhubung perkara itu dijangka akan diumumkan timbalan presidennya Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS pada satu sidang media khas esok.

Bersih 2.0 pagi tadi mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut mereka, keputusan untuk mengadakan himpunan itu dibuat ekoran pihak PSC dan kerajaan dilihat tidak mengambil serius terhadap tuduhan penipuan khususnya dalam isu pembersihan daftar pemilih.

Himpunan kali ini memilih tema 'Duduk Bantah' dan bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Tuesday, April 3, 2012

Hadiah buat rakyat Sabah

Jambatan yang luarbiasa indahnya di Kg. Bongoliu Kota Belud
Suara penduduk Kg. Tambatuon Kota Belud tidak didengari.
Rumah kediaman penduduk Pitas berbentuk segiempat seperti kotak.
Air hujan menjadi sumber utama air minum.
(Ust Nuridah memerhatikan air hujan yang ditadah semasa lawatan ke Pitas)
Jalan raya yang sungguh menarik ke Kg. Bonggol, Pitas.
Akhirnya...kereta pun segan nak lalu.

Banyak lagi hadiah menarik buat rakyat Sabah yang kita tidak sedari.

Rakyat didahulukan atau rakyat dikenakan dulu?

KOTA BELUD: Selepas berakhirnya program Jejak Saudara siri I/2012 di Kg. Bongoliu, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Belud, Us. Awang Laiman HJ Ikin sempat berbual-bual bersama ketua kampung untuk bertanyakan masalah yang sering melanda dan membebankan rakyat. Terdapat banyak masalah yang selama ini dipendam oleh rakyat, jika diadukan pun tidak diendahkan oleh pihak berwajib. Kini, mereka meluahkan masalah mereka dengan pihak pembangkang dengan harapan suara mereka didengari.

Us. Awang Laiman bersama Setiausaha PAS Kawasan Kota Belud sempat melawat ke jambatan yang menghubungkan penduduk Kg. Bongoliu dengan dunia luar atau tempat kerja. Menurut ketua kampung tersebut, mereka telah berkali-kali mengadukan masalah ini kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan, namun tidak ada tindakan yang diambil. Penduduk kampung agak terbeban dengan jambatan dhaif yang mereka terpaksa lalui setiap hari untuk ke sawah. Jika hujan lebat turun tidak berhenti-henti, jambatan ini akan ditakungi air hujan dan lebih teruk lagi jika banjir berlaku. Penduduk kampung langsung tidak dapat keluar mencari rezeki.

Sekian lama merdeka dan Sabah diperintah oleh kerajaan UMNO/BN, namun sehingga hari ini tidak ada perubahan yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat Sabah khasnya Kota Belud. Mereka mengatakan pembangunan telah dijalankan, benar tetapi hanya di bandar-bandar bukan di luar bandar. Pembangunan di bandar hanyalah untuk kemudahan dan keselesaan pemimpin kerajaan bukannya untuk rakyat. Akhirnya rakyat terus hidup dalam keperitan.

Diharapkan agar rakyat terus bangun dan bangkit dari lena. Kita mesti berani untuk melakukan perubahan. Bila lagi kita mahu merasakan kehidupan yang selesa seperti pemimpin-pemimpin kerajaan? Sampai bila kita mahu ditindas sedangkan negeri kita negeri yang kaya tetapi rakyatnya yang paling miskin. Ayuh, UBAH demi RAKYAT!

Ceramah Umum Pakatan Rakyat bersama Us. Yusuf Embong

KOTA BELUD, 2 April: Ceramah Umum Pakatan Rakyat yang dianjurkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kota Belud buat sekian kalinya diadakan berjalan dengan lancar. Ceramah kali ini diadakan di Kg. Pangkalan Abai Kota Belud dengan tetamu khas iaitu Us. Yusuf Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang serta wakil parti DAP dan PKR Kota Belud.

Sambutan ceramah ini agak memberangsangkan terutamanya dikalangan anak muda yang mahukan informasi yang benar dan tepat. Antara isi ceramah ini ialah menerangkan salahtanggapan masyarakat berkenaan PAS bergabung dan bekerjasama dengan orang bukan Islam iaitu DAP. Seterusnya Us. Yusuf Embong serta penceramah yang lain banyak menerangkan isu-isu berkenaan politik yang tempang di Malaysia ini.

Kini sudah tiba masanya untuk kita berubah demi kehidupan rakyat yang selesa dan tenteram. Slogan Kerajaan UMNO BN "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" adalah sekadar omongan kosong untuk menarik perhatian masyarakat agar mereka terus memerintah dan mengaut keuntungan negara untuk kepentingan peribadi. Sebaliknya rakyat yang dikenakan dahulu dengan bebanan harga barang, masalah keperluan asas seperti jalan raya dan air, suasana yang tidak tenteram dengan peningkatan gejala sosial yang tidak diendahkan dan banyak lagi kelemahan pimpinan kerajaan UMNO BN sekarang.

Marilah kita cuba untuk menukar kerajaan dan merasa kehidupan yang lebih selesa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Kuasa ditangan rakyat...UBAH demi RAKYAT!
Us. Yusuf Embong menerangkan isu politik
Barisan penceramah Pakatan Rakyat
Sidang hadirin khusyuk menerima maklumat
"Anak muda perlu bangkit melakukan perUBAHan!"