Sunday, June 5, 2011

Subuh bersama YB Nizar

5 Jun; Ahad: Penduduk Kg. Sungai Tua sempat solat subuh berjemaah berimamkan YB Nizar dan mendapat santapan rohani daripada beliau.

Antara intipati utama tajuk pengisiannya ialah berkaitan aqidah yang syumul. Aqidah hendaklah 100% mempertahankan keEsaan Allah dan tidak boleh sedikit pun memperjuangkan bangsa. Hadith Rasulullah telah menerangkan, "Bukanlah tergolong dalam golongan umatku manusia yang mati dalam keadaan memperjuangkan bangsa." Ambillah iktibar dari kisah-kisah umat para nabi terdahulu seperti bangsa 'Ad, bangsa thamud dan bangsa Raja Firaun.

Bangsa 'Ad begitu hebat dengan binaan bangunan-bangunan pencakar langit yang maju. Mereka hanya memperjuangkan bangsa dan tidak mengenal Tuhan yang Maha Pencipta. Maka diutuskan Nabi Hud untuk memperbaiki pemahaman bangsa 'Ad ini tetapi mereka tidak menyahut seruan Nabi Hud. Lalu Allah memusnahkan mereka. Sehingga sekarang, tidak ada lagi keturunan bangsa 'Ad di muka bumi ini melainkan bangunan-bangunan peninggalan mereka. Jadi, wajarkah kita memperjuangkan 'bangsa'?

Begitulah akibatnya apabila aqidah kita tidak 100% syumul. Bahkan dalam Al-Qur'an telah tertulis tidak diterima kesaksian orang-orang yang tidak beriman sepenuhnya dengan Allah dan mereka adalah orang-orang fasiq.

Ceramah Umum PAS menggegarkan masyarakat

4 Jun; Sabtu: Ceramah Umum PAS sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 yang diadakan selepas isya' bertempat di Dewan Dato' Hj Fadhil Noor, Taman Melewar berjaya menghimpunkan kira-kira 10 ribu orang pendengar dari seluruh Malaysia.

Ucapan dari pimpinan baru PAS sesi 2011/2013 berjaya menambat hati rakyat ditambah lagi dengan ucapan penuh penghayatan dari Speaker Palestin yang menyampaikan hasrat hati rakyat Palestin menggetarkan hati para pendengar.

Ceramah berkaitan menjawab isu semasa dan isra' mi'raj sempena bulan Rejab ini mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga masyarakat memenuhi ruang dewan hingga melimpah ke luar dewan.

Semoga umat Islam sedar dan insaf untuk bersatu padu dan berubah kearah kebaikan. "Semoga kita dapat solat bersama-sama di Masjidil Aqsa setelah kami berjaya membebaskan Palestin dari kezaliman Israel", kata Dr Ahmad Bahar. Ayuh umat Islam, marilah kita bersama-sama bersatu menentang kezaliman!
Rombongan pimpinan HAMAS dari Palestin memeriahkan lagi majlis ceramah
Ucapan Speaker Palestin Dr Ahmad Bahar menyampaikan suara hati rakyat Palestin
Ucapan YB Bentara Setia Dato' Seri Tuan Guru Nik Abd Aziz; walau pendek tetapi menggetarkan hati pendengar.
Ucapan bersemangat dari Presiden PAS Tuan Guru Hadi menutup majlis ceramah