Friday, May 28, 2010

Boikot Berstrategi "Facebook" Dilancarkan!!!


BOIKOT BERSTRATEGI
FACEBOOK
KERANA
MENGHINA RASULULLAH SAW



JANGAN "LOG IN" FACEBOOK SELAMA SEMINGGU
( DARI 20 HINGGA 27 MEI 2010)
BOIKOT SESI PERTAMA

p/s: Marilah kita bersama-sama mem'boikot' FACEBOOK untuk sesi pertama dan kita teruskan dengan sesi yang seterusnya sebagai tekanan kepada pihak halaman sosial, Facebook!!! Khaibar! Khaibar! Khaibar Ya Yahud! Jaishu Muhammad, Wa Saufa Yahud!!!!

Facebook Menghina RasuluLlah, Boikot Facebook!!


KAHERAH, 20 Mei - PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial “Facebook” yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang perkara ini serius dan ianya melibatkan perkara penghinaan yang berat ke atas baginda Rasulullah SAW.


Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW.

Namun kali ini penghinaan yang dilakukan melalui Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.


Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial di Pakistan sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman web facebook untuk memburukkan Islam yang dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei.

Perkara penghinaan kepada Rasulullah adalah perkara yang melibatkan kesucian Islam. Dan ianya telah dikotori oleh tangan-tangan jahat untuk memburukkan Islam dan Rasulullah SAW. Kumpulan tersebut telah menggunakan facebook sebagai mempromosi rancangan jahat mereka, sekali pengguna melayari dan memasuki halaman web Facebook (selagi mana halaman Everybody Draw Mohammed Day! ada) maka ianya telah menyumbang sebanyak $5 kepada kumpulan Yahudi tersebut.


Maka, apabila pengguna Facebook mendaftar masuk ianya sekaligus telah menyumbang kepada penghinaan kepada Rasulullah SAW.

" Medium penyebaran media merupakan satu wasilah yang sangat luas pada ketika ini. Kita khuatir sekiranya medium ini disalah guna, maka akan menimbulkan kontroversi yang negatif. Kita meminta agar ahli mengambil berat akan perkara ini dan sama-sama mengecam akan tindakan yang biadap tersebut " ujar Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Justeru, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli yang mempunyai akaun halaman facebook agar dapat menutup sementara waktu halaman web sosial tersebut sebagai tanda protes dan tidak bersetuju kepada penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad SAW. (Sumber : http://www.pmram.org )


Pakistan: Kuasa perundangan menutup 'facebook' kerana karikatur menghina

Mahkamah Pakistan hari ini memerintahkan Kerajaan Pakistan menutup satu laman sosial yang popular, iaitu 'facebook' buat sementara waktu setelah membangkitkan ketidakpuasan berikutan wujudnya pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dalam laman itu.

Sumber Pakistan menyebut, mahkamah tinggi di Lahore, Pakistan yang terletak di timur Negara itu telah mengeluarkan ketetapan yang diminta oleh gerakan peguam muslim. Berikutan itu, mahkamah telah membuat desakan kepada kerajaan Pakistan natijah dari masalah pertandingan yang dicetuskan di peringkat dunia.


Sumber menjelaskan, ketetapan tersebut adalah desakan dari peguam-peguam yang menjelaskan pertandingan memburukkan Islam dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei. Pertandingan yang digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman facebook telah menyakiti perasaan kerana ia bersifat keagamaan. Tambahan pula, 45 juta penduduk Pakistan menggunakan facebook.

Chowdry Zulfaqar, peguam yang menyuarakan desakan berkata, "Mahkamah telah mengeluarkan perintah kepada kerajaan bagi menutup laman web sosial facebook di Pakistan sehingga 31 Mei ini".

Tambah beliau, 'sekiranya permintaan yang telah dikemukakan kepada mahkamah tidak ada satu tindakan yang munasabah dibuat bagi menentang apa yang tertera dalam facebook, maka protes bantahan secara meluas boleh tercetus di Pakistan sebagaimana yang berlaku pada tahun 2006. Pada tahun tersebut, satu tunjuk perasaan besar-besaran telah diadakan di Pakistan kerana membantah dua buah akhbar Denmark yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW'. Sumber 19/05/2010, web berita Islamtoday.net.

p/s: Lancarkan kempen boikot facebook dari sekarang! Boikot berstrategi untuk tidak log in selama seminggu!! Bermula (20hb hingga 27hb Mei 2010) untuk sesi pertama!!!

Saturday, May 15, 2010

Ma'an najah fil imtihan

Selamat menduduki peperiksaan pertengahan semester buat adik-adik yang bergelar pelajar. Do the best among the best!Bagi mahasiswa mahasiswi yang baru menamatkan peperiksaan semoga beroleh keputusan yang cemerlang. Tawakkal 'alaLlah!

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat insan yang bergelar 'guru' atau 'pendidik'.Semoga sentiasa sabar dan istiqamah dalam amanah Allah.

Sunday, May 9, 2010

Hargailah Ibumu

"Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu"
Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu.

Friday, May 7, 2010

Utamakan yang utama


Alhamdulillah....sekian lama tidak bertapa depan internet, hari ini aku berpeluang untuk mengupdate blog-blog wadah perjuanganku. Hilang seketika kekusutan fikiran apabila fokus tertumpu pada kerja. Iya, bukan selalu. Manfaatkan masa dan peluang yang ada.

Namun, sepatutnya kita hendaklah mengutamakan kerja yang utama. Hari ini ada masa free, jadi gunakan masa yang ada untuk melaksanakan kerja-kerja tak kira paling utama atau kurang utama.

Kerja itu kerja...amanah itu amanah...apakah bezanya? Fikir-fikirkan sejenak.

Sunday, May 2, 2010

Qiam ke-4 2010 KRU KB

1-2 Mei, Sabtu hingga Ahad; telah berlangsungnya program qiamullail bulanan kali ke-4 KRU KB. Kehadiran qiam bulan ini sekali berjaya memecah rekod kehadiran bulan2 sebelumnya dengan jumlah peserta 190 orang dengan 122 peserta muslimat dan 68 peserta muslimin tidak termasuk AJK Pelaksana. Tahniah kepada adik2 peserta yang terpilih mengikuti program ini. Syabas juga kepada ibubapa yang prihatin dengan anak2 dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha yang sedikit ini memberi impak yang baik kepada anak2 dan diri kita sendiri.

ibubapa yang turut prihatin menghantar anak2 ke programsuasana hari pendaftaran
Pengisian kali ini yang bertemakan 'aqidah' dimeriahkan lagi dengan forum yang disampaikan oleh penasihat PSS KB sendiri En. Jumat Bin Sakmat dan seorang lagi penceramah yang tidak asing di KB iaitu Kak Seri Wahyuni.
suasana forum di dataran Masjid KB
Program berjalan dengan lancar walaupun beberapa orang peserta telah dikejarkan ke hospital kerana sakit tulang dan seumpamanya dengannya. Minum susu banyak2 ye dik!Semasa program ini, satu kejutan turut diberikan kepada Timbalan Pengerusi KRU KB; Sariah Manung yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 1 Mei. Selamat hari lahir, semoga istiqamah dalam perjuangan! Jangan nangis2 erk :)
Milad sa'id ya ukhti. La tahzan...Innallaha ma'ana
Seperti biasa, program diakhiri dengan lambaian ukhwah. Mohon kemaafan dari kami warga PSS dan KRU KB atas segala kelemahan sepanjang berlangsungnya program. Diharapkan adik2 tidak serik untuk menghadiri lagi majlis2 dan program2 ilmu seperti ini. Apa yang telah berlaku jadikan sebagai pengajaran...pengalaman mengajar erti kehidupan serta meningkatkan kematangan. Salam ukhwah fiLlah...bertemu lagi pada qiam akan datang! Insya' Allah...
lambaian ukhwah...