Wednesday, December 8, 2010

Generasi pewaris mujahideen






Semoga anak didik PASTI menjadi pewaris ulama' pada masa akan datang!

Monday, December 6, 2010

PASTI Cemerlang ISLAM Gemilang!

Untuk makluman semua ibubapa, pendaftaran PASTI Al-Firaus Kota Belud kini dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam8.00 pagi-12.00 tengahari. Anda boleh datang terus ke PASTI atau berhubung dengan guru PASTI KB Ust Zulitah (013-8938094) atau Ust Rosma (013-8988557).

Alhamdulillah... Semasa cuti sekolah ini PASTI Al-Firdaus sempat dibersihkan dan dikemas dengan bantuan sahabat2 Nisa' dan Unit Amal. Syukran 'alaikum... Barokallahufiikum...

PASTI Cemerlang ISLAM Gemilang!

Salam Ma'al Hijrah 1432H

Diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1432H kepada semua umat Islam diseluruh dunia khususnya di Malaysia khasnya lagi di Sabah. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Kepada semua pendokong dakwah Islam, semoga gerak kerja tahun yang baru bermula ini lebih baik dan berjalan lancar. Jadikan kelemahan lalu sebagai iktibar dan pengalaman untuk diperbaiki.

Wednesday, December 1, 2010

Kata Pujangga buat calon SPM & STPM 2010


Mulakan setiap perbuatanmu dengan menyebut nama Allah.
Usaha terus usaha. Study smart!
Iringi usaha anda dengan doa dan tawakkal kepada Allah.Yakinlah bahawa Allah yang memberi rezki (kejayaan) kepada hambaNya yang taat.

"Sesungguhnya setiap kesusahan pasti akan disertai dengan kesenangan"
- Surah Al-Isnyirah-

"Wahai oraang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
-Surah Muhammad: 7-

Friday, November 5, 2010

PAS ucap terima kasih pada petugas Pakatan

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada para petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang membantu di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menerima kekalahan calon PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi.

“Kita akui ada kelemahan dan kita sedia baiki kelemahan dan kesilapan,” tulisnya di laman twitter.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada BN yang memenangi kedua-dua PRK itu.

“Bolehlah buat pilihan raya awal untuk dapat mandat baru,” ujarnya.

Mahfuz seterusnya menggesa para petugas Pakatan Rakyat supaya meneruskan perjuangan.

"Jadikan kekalahan Batu Sapi dan Galas seperti di Ijok dan bangkit semula pada pilihan raya 2008 dengan syarat perbaiki kelemahan dan perbetul kesilapan kita," ujarnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PKR di dalam kedua-dua PRK tersebut.

“Tahniah rakyat,” ujarnya.

Beliau turut menukilkan serangkap pantun berhubung keputusan kedua-dua PRK itu.

Udang galah dibuat kari,

Dicicah ketupat daun palas,

BN tak kalah di Batu Sapi,

PAS tak menang di Galas.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghargai kegigihan jentera parti dan rakan-rakan Pakatan Rakyat bagi kedua-dua PRK itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah, cabaran untuk ditingkat dalam usaha meneruskan agenda reformasi.

Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan, kekalahan di dalam PRK jangan dibaca sebagai kalah berjuang.

“Selama kita bersama kebenaran, ia adalah kemenangan. Sabar harungi medan dengan kekalkan prinsip dan akhlak,” ujarnya.

Sambil menyeru petugas parti meneruskan dakwah dan penerangan, beliau menambah, tiada kemenangan percuma buat Gerakan Islam, justeru politik atau siasah pilihan raya hanyalah wasilah atau alat.

Pada PRK Galas, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi sementara calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi di mana 132 undi rosak.

Jumlah pengundi yang membuang undi adalah 9,555 atau 83 peratus.

Keputusan itu diumumkan pegawai pengurus PRK itu, Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.

Bagi PKR Parlimen Batu Sapi, BN mengekalkan kerusi itu apabila calonnya dari PBS, Datin Linda Tsen yang mendapat 9,773 undi menang dengan majoriti 6,359 undi.

Calon PKR, Ansari Abdullah memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengutip 2,013 undi.

Hanya 15,774 pengundi atau 61.47 peratus keluar mengundi di Batu Sapi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.

PRK Galas, Batu Sapi bukti Pakatan teguh

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

“Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

“Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan,” ujar Presiden PAS itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut kenyataan beliau.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS di semua peringkat, ahli-ahli yang membantu daripada segi tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Begitu juga dengan jentera Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang tidak penat membantu dalam keadaan kita berhadapan serangan dahsyat jentera lawan.

Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan.

Apapun pilihan raya ini telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

Namun kita tidak menolak untuk mengkaji segala kelemahan di pihak kita yang perlu diberi perhatian. Semoga ia akan menjadi lonjakan kepada kita bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat, para penyumbang wang ringgit dan tenaga, pengundi-pengundi yang setia mengundi Pakatan, semoga usaha tuan-tuan akan diberkati Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.

Saturday, October 2, 2010

Salam Imtihan PMR


Buat yang terbaik dalam PMR 2010. Semoga kejayaan yang menanti kalian.

Friday, September 17, 2010

Sumbangan Dialu-alukan untuk Dana Tapak & Bangunan PASTI Kota Belud


tapak berdekatan jalan KK ke Kudat

Pembelian tanah wakaf dengan kadar RM30.00 bagi setiap kaki persegi (saham akhirat) boleh dimasukkan ke akaun PASTI Al-Firdaus, Agro Bank 1001941000053319.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengerusi Pasti Al-Firdaus, En. Jumat Bin Sakmat (013-8931690) atau Pengerusi Jawatankuasa Bangunan & Tapak Pasti 2010/2011, En. Azrul Nizam Bin Abu Hassan (019-5369890) atau Bendahari Pasti Al-Firdaus, En Ahmad Fauzi Saifuddin (019-8096640).
"Membina Generasi Al-Qur'an"

Wednesday, September 15, 2010

Nukilan Syawal


Senja berlabuh takbir bergema...
Ramadhan berlalu Syawal menjelma....

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah kerana diri ini sekali lagi diberi peluang dan kesempatan untuk beribadah dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini dan seterusnya berpeluang merayakan kemenangan Ramadhan di bulan Syawal ini. Semoga Ramadhan yang berlalu dapat mentarbiyah diri.

Namun, aku sedih tika mengingatkan berakhirnya Ramadhan bulan rahmat dan keampunan. Setiap kali tibanya Syawal, aku pasti hiba mengenangkan diri dan keluarga yang dirundum masalah. Ya Allah.. kuatkanlah semangatku, teguhkanlah imanku menempuhi ujianMu ini. Aku tahu, ujianMu adalah tanda sayangMu padaku.

Buat teman2ku... fahamilah diriku. Bukan diriku telah berubah. Tetapi keadaan telah merubah segalanya. Namun, matlamat untuk mencari redha Allah tidak akan sekali-kali berubah. Aku sering kali dilema dengan kehendak diri ini... mujur ada Allah tempat mengadu, tempat meluah segalanya. Ya Allah...berilah aku kekuatan dalam meneruskan sisa hidupku ini. Bantulah aku dalam membuat pilihan dalam kekalutan fikiran.

Bahasa diucap adakala berbisa,
Janji dilafaz tidak semua dapat dikota,

Tugasan dilaksana ada yang tak sempurna,

Dalam pergaulan ada terguris jiwa,

Dalam bergerak kerja ada yang tersalah sangka,

Dalam kenangan ada yang dilupa, Demikianlah insan bernama MANUSIA...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat sahabat2, teman2 dan semua muslimin muslimat diseluruh pelusuk muka bumi Allah ini. Maaf Zahir dan Batin dipinta.

Tuesday, September 14, 2010

Puasa 6 Syawal


Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.

Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.

Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.

Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

Wednesday, September 8, 2010

salam Aidilfitri 1431H


Ramadhan yang mulia kian sampai ke tirai pelabuhannya. Hari kemenangan buat umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang sebentar lagi. Disini, ana ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua umat Islam khususnya buat sahabat-sahabat seperjuangan. Mari kita meriahkan syawal dengan berpuasa sunat dan menziarahi saudara seagama di samping dengan amalan nawafil yang lain.

Friday, August 27, 2010

Salam Nuzul Al-Qur'an

Al-Qur'an adalah buku manual yang Allah bekalkan kepada kita.
Jadikan ianya sebagai teman karib kita.

KRC KB 2010

Kem Remaja Cemerlang (KRC)
Kota Belu
d
21-22 Ogos 2010 (Sabtu-Ahad)
KB Riverside Kg, Sembirai Kota Belud
Alhamdulillah... KRC kali ini berlangsung dengan lancar dengan izin Allah SWT semata. Ini merupakan KRC kali ke-2 yang dijalankan bertempat di KB dengan penyertaan semuanya dari pelajar2 KB. Namun, ini pertama kali PSSKB mengadakan program di tempat (KB Riverside) ini, tempat yang agak advance sedikit. Penyertaan kali seramai 41 orang.
AJK menyambut kedatangan peserta dan ibubapapendaftaran pesertapeserta khusyuk mendengar taklimat

Pengisian yang begitu menarik telah disampaikan oleh penasihat PSSKB sendiri iaitu En. Jumat, jemputan dari KK iaitu En. Anuar Ali dan jemputan khas dari Sarawak iaitu Us. Nazmi yang menyampaikan slot motivasi dan muhasabah bersama ibubapa. Walaupun penyertaan dari ibubapa kurang memberangsangkan, namun slot ini tetap dijalankan dengan baik.
LDK 1: ciri2 remaja cemerlangLDK 2: halangan dan cabaran untuk berjayaLDK 3: time management

Seronoknya program bulan Ramadhan ini dapat berbuka puasa, bertarawih dan bersahur bersama sahabat2 seperjuangan. Apatah lagi sahabat yang sekian lama tak bertemu.
Iftar jama'ie..selamat menjamu selera..
solat tarawih berjemaah

Tidak lupa kepada penyumbang utama program ini Radix HPA. Ribuan terima kasih diucapkan atas sumbangan yang diberikan. Terima kasih daun keladi...lain kali sumbanglah lagi... (^,^)
ambillah makanan yang berkhasiat yang baik untuk kesihatan

Terima kasih buat semua tenaga penggerak KRC KB 2010 atas doa, usaha dan kerjasama kalian. Alhamdulillah kesan program ini agak baik sepertimana yang kita harapkan. Semoga adik2 peserta yang hadir beroleh KEJAYAAN yang CEMERLANG di dunia dan akhirat. Kami sentiasa mendoakan kalian.
Saya Boleh! Kita Boleh!! Islam lagi Boleh!!!
HIDUP MULIA MATI SYAHID (^,^)

Saturday, August 14, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan 1431H... Kehadiranmu dinanti, pemergianmu ditangisi.

Selamat menyambut Ramadhan 1431H/2010M

Dari ana RAUDHATUL JANNAH.

Jom ramai2 memeriahkan pesta Ramadhan... banyak hadiah dan bonus menanti kita. Peluang terbuka setahu sekali.. Rebutlah peluang ini selagi stok umur masih ada!

Qiam Ogos & Rehlah KRU KB

7-8 Ogos, SABTU-AHAD; Alhamdulillah qiam bulanan bagi bulan Ogos telahpun selamat dijalankan. Qiam kali ini membawa tema "Indahnya Ramadhan". Peserta kali ini adalah yang terpilih untuk dibawa ke rehlah keesokan harinya. Tahniah kepada yang telah hadir!Tambahan lagi, tempat qiam kali ini diubah memandangkan keadaan Masjid Pekan KB yang dalam proses pembaikan. Antara pengisian qiam kali ini adalah forum "Ramadhan datang lagi" yang dihadiri oleh CG. Jumat dan Ust. Suraya sebagai panel forum. Disamping itu, terdapat aktiviti2 lain seperti usrah, riadah dll...
"Ikan bakar...ikan bakar... Nia' orong ding ae ka?" Sedap la...terima kasih kepada team bakar ikan.Rehlah kali ini diadakan di Pantai Pintasan. Pengisian rehlah agak santai...dimulakan dengan solat Dhuha, tazkirah, aktiviti (games) dan makan2.

Muhasabah:
  • Sesungguhnya, semua yang kita adalah pinjaman Allah semata. Bila2 masa Dia akan mengambilnya semula, jadi gunakanlah dengan sebaiknya dan redhalah seandaianya Dia menariknya kembali. (Khas buat yang hilang selipar dll yang dihanyutkan ombak :) Jangan sedih ye..)
  • Allah Maha Pencipta. DiciptakanNya langit tanpa tiang dan bumi yang terhampar luas.

Friday, July 2, 2010

KRIS KB 2010

11-13 Jun; KRIS KB kali ke-3 yang bertempat SMK Arshad Kota Belud berjaya dilangsungkan dengan usaha gigih para ajk yang tidak mengenal erti putus asa. Walaupun telah berlaku masalah mencari tapak program, akhirnya program ini berjaya juga dilangsungkan. Syabas dan tahniah kepada para ajk dan pihak sekolah yang prihatin.
pendaftaran peserta
Walaupun jumlah peserta tidak mencapai anggaran sasaran (seperti biasa), KRIS kali ini tetap berjalan dengan baik dengan pengisian yang mantap. KRIS ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran sahabat2 dari KRU Kota Marudu yang begitu bersemangat datang dari jauh. Tidak lupa juga kepada sahabat2 dari KRU Tuaran yang turut mengimarahkan program ini.
slot lapangan
Diharapkan dengan pengisian yang sedikit ini semua peserta dan ajk dapat mengambil input yang baik dan menyebarkan serta mengamalkan ilmu yang dikutip. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak, khasnya barisan fasilitator yang dijemput khyas dari jauh kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan program KRIS 2010 ini.
jom makan!
Semoga istiqamah dalam amalan dan bertemu lagi pada KRIS tahun depan Insya' Allah...

Tuesday, June 8, 2010

KRIS KB 2010

Makluman:
Tarikh: 11-13 Jun 2010
Hari: Jumaat - Ahad
Tempat: SMK Arshad Kota Belud

Semua PSSKB di jemput hadir untuk memeriahkan program ini. Jom datang ramai-ramai!

Friday, May 28, 2010

Boikot Berstrategi "Facebook" Dilancarkan!!!


BOIKOT BERSTRATEGI
FACEBOOK
KERANA
MENGHINA RASULULLAH SAW



JANGAN "LOG IN" FACEBOOK SELAMA SEMINGGU
( DARI 20 HINGGA 27 MEI 2010)
BOIKOT SESI PERTAMA

p/s: Marilah kita bersama-sama mem'boikot' FACEBOOK untuk sesi pertama dan kita teruskan dengan sesi yang seterusnya sebagai tekanan kepada pihak halaman sosial, Facebook!!! Khaibar! Khaibar! Khaibar Ya Yahud! Jaishu Muhammad, Wa Saufa Yahud!!!!

Facebook Menghina RasuluLlah, Boikot Facebook!!


KAHERAH, 20 Mei - PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial “Facebook” yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang perkara ini serius dan ianya melibatkan perkara penghinaan yang berat ke atas baginda Rasulullah SAW.


Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW.

Namun kali ini penghinaan yang dilakukan melalui Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.


Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial di Pakistan sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman web facebook untuk memburukkan Islam yang dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei.

Perkara penghinaan kepada Rasulullah adalah perkara yang melibatkan kesucian Islam. Dan ianya telah dikotori oleh tangan-tangan jahat untuk memburukkan Islam dan Rasulullah SAW. Kumpulan tersebut telah menggunakan facebook sebagai mempromosi rancangan jahat mereka, sekali pengguna melayari dan memasuki halaman web Facebook (selagi mana halaman Everybody Draw Mohammed Day! ada) maka ianya telah menyumbang sebanyak $5 kepada kumpulan Yahudi tersebut.


Maka, apabila pengguna Facebook mendaftar masuk ianya sekaligus telah menyumbang kepada penghinaan kepada Rasulullah SAW.

" Medium penyebaran media merupakan satu wasilah yang sangat luas pada ketika ini. Kita khuatir sekiranya medium ini disalah guna, maka akan menimbulkan kontroversi yang negatif. Kita meminta agar ahli mengambil berat akan perkara ini dan sama-sama mengecam akan tindakan yang biadap tersebut " ujar Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Justeru, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli yang mempunyai akaun halaman facebook agar dapat menutup sementara waktu halaman web sosial tersebut sebagai tanda protes dan tidak bersetuju kepada penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad SAW. (Sumber : http://www.pmram.org )


Pakistan: Kuasa perundangan menutup 'facebook' kerana karikatur menghina

Mahkamah Pakistan hari ini memerintahkan Kerajaan Pakistan menutup satu laman sosial yang popular, iaitu 'facebook' buat sementara waktu setelah membangkitkan ketidakpuasan berikutan wujudnya pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dalam laman itu.

Sumber Pakistan menyebut, mahkamah tinggi di Lahore, Pakistan yang terletak di timur Negara itu telah mengeluarkan ketetapan yang diminta oleh gerakan peguam muslim. Berikutan itu, mahkamah telah membuat desakan kepada kerajaan Pakistan natijah dari masalah pertandingan yang dicetuskan di peringkat dunia.


Sumber menjelaskan, ketetapan tersebut adalah desakan dari peguam-peguam yang menjelaskan pertandingan memburukkan Islam dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei. Pertandingan yang digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman facebook telah menyakiti perasaan kerana ia bersifat keagamaan. Tambahan pula, 45 juta penduduk Pakistan menggunakan facebook.

Chowdry Zulfaqar, peguam yang menyuarakan desakan berkata, "Mahkamah telah mengeluarkan perintah kepada kerajaan bagi menutup laman web sosial facebook di Pakistan sehingga 31 Mei ini".

Tambah beliau, 'sekiranya permintaan yang telah dikemukakan kepada mahkamah tidak ada satu tindakan yang munasabah dibuat bagi menentang apa yang tertera dalam facebook, maka protes bantahan secara meluas boleh tercetus di Pakistan sebagaimana yang berlaku pada tahun 2006. Pada tahun tersebut, satu tunjuk perasaan besar-besaran telah diadakan di Pakistan kerana membantah dua buah akhbar Denmark yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW'. Sumber 19/05/2010, web berita Islamtoday.net.

p/s: Lancarkan kempen boikot facebook dari sekarang! Boikot berstrategi untuk tidak log in selama seminggu!! Bermula (20hb hingga 27hb Mei 2010) untuk sesi pertama!!!