Tuesday, March 31, 2009

ma'an najah fil imtihan...

Selamat menduduki peperiksaan akhir semester buat sahabat-sahabat sekalian. Semoga kejayaan milik kita bersama... Buat yang terbaik... Insya'Allah...

Saturday, March 28, 2009

Aku dan perjuangan- bhg 3

Hari ini aku rasa lain semacam. Sedih, terharu, geram...perasaan yang bercampur-baur. Pertamanya seperti biasa dengan kerisauan disebabkan tesis yang masih panjang perjalanannya. nak buat report, result tiada lagi. Nak run sample, instrumen pula blok lagi. Alamak...tak lama lagi nak hantar nie. Sample yang dah siap bulan Februari lalu kini menanti giliran untuk dimasukkan dalam alat GC-MS yang selalu blok. Almaklumlah, peralatan canggih...dah la sebiji jak. Rasa cemburu pula tengok kawan yang sorang nie dah hantar tesis. Semoga Allah permudahkan urusanku...


Keduanya, terkejut tengok jadual final exam yang berturut. Waduh, sadisnya. Tak pernah dapat jadual sebegini. 20hb hingga 23hb April berderet 5 paper teras program dan lastnya 8hb Mei dengan satu paper minor. Ya Allah...bantulah hambaMU ini...


Ketiganya, rasa geram sebab internet connection sangat lambat. Lama dah duduk kat library nie. Assignment tak tersend, jurnal tak terdownload. Harapkan wireless di bilik sampai habis jak kupon internet...lambat juga. Lainlah kolej lain yang dapat internet free. Bersabarlah hati...


Keempatnya, terharu bila adik-adik yang dulu diprogramkan mesej rindukan kakak facinya nie. Kecian pula dengan mereka yang bergerak kerja tanpa senior yang membimbing. Dorang minta buat usrah disana tapi punyalah main jauh. Usrah di kampus pun tak terlayan. Bimbingan dari jauh jak la ya dik. Semoga kita dipertemukan lagi...


Kelimanya, gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan sebilik yang dulunya nakal semasa zaman sekolah. Biasalah, tinggal di asrama mesti banyak kenangan. Pahit, manis, masam, masin semua ada. Rindu la pula nak pergi sekolah bila teringat zaman persekolahan. Sekarang nie cuma dapat bermesej dan jumpa dalam blog jak la dengan rakan-rakan yang meneruskan pengajian jauh dari bumi Sabah ini. Semoga persahabatan ini berkekalan ke akhirnya...


Keenamnya, sedih kerana program alumni sekolah yang sepatutnya berjalan hujung minggu ini dibatalkan. Excited sebenarnya nak ziarah sekolah dan berjumpa dengan adik-adik junior di sekolah. Lagi pula kecian dengan ajk-ajk yang telah bertungkus lumus berusaha untuk cuba menjayakan program ini. Inilah payahnya apabila pengetua sering bertukar ganti. Siapalah agaknya pengetua baru sekolah sekarang ya. Bersabarlah ya wahai adik-adikku. Insya’Allah kita usahakan untuk menjayakan program ini di masa akan datang. Semoga Allah memberi ganjaran di atas usaha kalian. Teruskan perjuangan...


Akhirnya... ish..ish.. tak tau apa nak kata. Baru jak tadi pagi handset nie baik dan sempat bermesej dengan adik-adik yang dikenali melalui program. Kini, ianya rosak lagi. Wah, macam minta dibelikan baru nie. Terkilan adik-adik kesayangan di kawasan belum lagi dihubungi.untuk bertanyakan khabar. Tak cukup kredit dah dik. Ingat nak mesej tapi terlupa seketika. Teringat pula adik-adik yang ditinggalkan selepas program qiamullail minggu lalu. Ada yang terus pergi program tanpa lapor diri di rumah macam aku. Hehe... cian kedapatan di pekan. Adakah mereka kena ‘ceramah’ oleh ibubapa mereka? Tapi takpa...ceramah free banyak manfaat juga. Insya’Allah jumpa lagi nanti bulan depan ya...


“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”


“Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh nescaya mereka mengikutimu. Tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akanbersumpah dengan (nama) Allah, “jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu.” Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.”

(At-Taubah, 9:41-42)

Friday, March 27, 2009

Aku dan perjuangan- bhg 2

Hari ini sehari suntuk aku menghadap komputer. Bangun pagi buka komputer sampai lewat malam. Almaklumlah tiada kuliah. Kasihan pc ni...banyak berjasa kepada tuannya. Tapi sayang...sakit pula kena virus. Antivirus dah expired, kena blok. Kena bersabar la... tutup buka tutup buka la sejak pagi sampai malam. Tadi dah cuba update antivirus selepas install yang baru tapi tak berjaya. Tunggu sampai 3 jam tak complete lagi. Xpa la...abaikan...Akhirnya tutup internet buka assignment. Alhamdulillah siap satu terus print. Seterusnya edit projek 1 sementara menunggu result untuk projek 2.

Semalam, dua kuliah dah tamat untuk sesi ini. Tunggu final lagi start 3 April nie. Sedih pula rasanya... ialah semester depan mana ada kuliah lagi. Insya’Allah akan grad juga. Cuma sekarang masalah tesis yang biasa melanda. Instrumen blok lagi......huaaa....

Bukan nak cerita tue sebenarnya. Nak cerita pasal perjuangan Islam. Akademik tu perjuangan juga. Hmm.. minggu lalu, seperti biasa aku balik kampung lagi. Bukan balik rumah tapi jenguk adik-adik di kawasan. Program qiamullail kali ini agak meriah sedikit dengan kehadiran peserta yang agak baik. Jika sebelum ini muslimin yang ramai kali ini muslimat pula yang ramai..alhamdulillah... Namun, ada perkara pahit yang tersembunyi. Ya, perjuangan itu memang pahit sebab banyak duri dan ranjaunya tapi ianya manis sekali jika kita memahaminya. Walau hanya aktiviti kecil seperti qiamullail tapi rintangan pasti ada. Kereta pancit, jatuh longkang, meredah hujan, demam dan seterusnya. Itulah yang berlaku hujung minggu lalu.

Insan yang bergelar ‘wanita’ ini agak payah untuk keluar mengikuti program terutamanya yang melibatkan bermalam di luar. Adalah perkara biasa jika ibubapa risau akan keselamatan anak-anaknya tetapi adalah perkara pelik apabila ada ibubapa dan guru-guru yang melabelkan kerja membawa Islam ini macam-macam. Ada yang mengatakan ajaran sesat, arqam dan sebagainya. Mungkin kesilapan tafsiran masyarakat ini akibat ketidaksampaian info dan maklumat kepada masyarakat berkaitan pengenalan dan matlamat gerak kerja Islam ini. Insya’ Allah kami akan sedaya untuk cuba memahamkan masyarakat yang kian berpemikiran mengikut fikrah Barat yang dikenal sebagai ‘pemikiran modern’ ini.

Amat sedih sekali apabila anak-anak yang ingin keluar untuk mendalami ilmu Islam ini disekat dan dihalang dengan tembok keegoan diri. Mungkin istilah “an-nahyu ‘anil ma’ruf al-‘amal bil munkar” ini sesuai untuk segelintir masyarakat zaman ini. Bukan segelintir bahkan ramai sekali. Pemikiran inilah yang amat membimbangkan umat Islam dan cuba dibanteras oleh penggerak Islam ini. Ayuh kita bangkit menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran walau dimana jua kita berada.

Wahai sahabat-sahabatku...bersabarlah dengan ujian yang kecil ini. Ujian para Nabi lebih berat dari ini. Doakanlah semoga masyarakat kita beroleh hidayah Allah agar menjadi masyarakat Islam yang bangga dan beramal dengan amalan Islam. Seterusnya, bersamalah kita berusaha dan bersatu semoga tertegaknya daulah Islam di negara kita ini seterusnya menegakkan kerajaan khilafah Islamiyah yang runtuh pada tahun 1924 yang lalu.

Semoga Allah menetapkan ku pada jalan dakwah ini. Ameen...