Tuesday, February 24, 2009

khas dari PSSKB & KRUKB

PSSKB publications 2009

Monday, February 23, 2009

Kempen Taja Set Selamatkan Aqidah

untuk maklumat lanjut layari http://nurilhakim.blogspot.com

Sunday, February 22, 2009

Aku dan perjuangan

Salam ukhwah buat sahabat-sahabatku…


Diri ini memohon kemaafan seandainya tingkah laku sejak beberapa hari ini ada yang melukakan kalian. Fahamilah bahawa diri ini berada dalam situasi yang agak tertekan dengan keadaan yang berlaku hinggakan aku menjadi bingung dan buntu.


Ketertekanan akibat pelbagai faktor yang tidak mampu diluahkan kerana inilah diriku. Mungkin juga salah satu faktornya ialah kePERCAYAan yang hilang menyebabkan longgarnya UKHWAH. Masalah yang melanda biarlah terbuku dalam hati dan hanya kepadaNya tempat mengadu. Hanya diri ini yang menanggung dengan kesabaran kerna ku tahu Allah tidak membebankan seseorang itu dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung. Cuma, diri ini memerlukan masa untuk mengubati hati yang kian parah ini. Biarlah aku bersendirian seketika untuk memberi ruang untuk memuhasabah diri. Mencari ketenangan dan ketenteraman jiwa. Entah kenapa kali ini hati ini terasa amat pedih dan mengambil masa yang panjang sedikit untuk sembuh kembali.


Alhamdulillah...hari ini aku menemui kembali semangat baru. Bukan semangat tapi..mungkin hati ini dah sembuh rasanya. Suasana turut menjadi pemangkin kepada penyembuhan jiwa ini. Ya, suasana dan keFAHAMan.


Aku dilahirkan dan memahami erti perjuangan Islam ketika dibangku sekolah menengah. Pada masa itu, aku masih sebagai peserta program-program qiamullail, pemantapan aqidah dan sebagainya. Seperti biasa kena bermula dari bawah kan. Dan senior-senior yang menjadi penggerak kepada gerakan Islam ini. Syukur aku masih berada dalam saff penggerak perjuangan ini walaupun ramai sahabat-sahabat lain yang kecundang entah kemana.


Tetapi lain pula yang berlaku pada hari ini. Genarasi baru ini diberi amanah untuk meneruskan gerak kerja untuk memahamkan adik-adik yang baru untuk meneruskan dakwah Islam di kawasan. Dan hari ini hatiku berat untuk menghubungi adik-adik ku yang ku tinggalkan seketika di kawasan. Bukannya tinggalkan terus tapi tetap mengikuti perkembangan dan program-program disana. Sekurang-kurangnya sebulan sekali pasti aku akan bertemu dan menghubungi mereka.


Dan hari ini aku terharu dan berasa sedih ketika menghubungi mereka. Inilah antara perbualan dengan salah seorang dari adik-adikku yang kini lepasan SPM. “Assalamualaikum dik, apa kabar?. Buzy ke? “Wa’alaikumsalam kak. Saya alhamdulillah baik. Tak juga sibuk tapi di sekolah ni”. “Ada apa di sekolah?” “Nak bincang pasal program dengan sekolah. Tapi kak saya sedih la, saya tinggal sorang-sorang nie. Limah pergi Gombak tempat kakaknya, Tehah PLKN. Yang lain-lain sekolah. Tinggal saya seorang dengan Sira jak yang urus semua di sini. Kuliah kemarin tak jadi sebab ada masalah sikit”. “ooo...gitu ka? Takpa la, teruskan jak apa yang mampu ya. Insya’ Allah kak akan turun bantu. Kalau ada masalah bagitau jak k”...


Kasihan dengan adik-adik ku. Aku tahu betapa beratnya apabila dugaan yang mereka hadapi. Inilah hakikat perjuangan yang sebenarnya. Dan kerana inilah aku sedar... aku mesti teruskan perjuangan dalam menyampaikan dakwah Islam ini. Oleh itu, diharap sahabat-sahabat dapat memahami situasi diri ini. Memang diri ini selalu balik ke kawasan tetapi rasanya tidaklah sampai mengganggu gerak kerja di kampus. Aku sedar keutamaanku di kampus tapi keadaan di kawasan amat gentir. Tidak ramai yang faham tentang erti perjuangan Islam walaupun sejak akhir-akhir ini isu Palestin menjadi isu utama media. Umat Islam masih lena dibuai mimpi keindahan duniawi. Adapun penggerak Islam tetapi tika ini semuanya bermusafir meneruskan dakwah akademik. Sebab itulah aku harus kembali semula ke tempat dimana aku dilahirkan. Sayang sekali andainya rantai perjuangan ini terputus begitu sahaja.


Sahabat-sahabatku... sekali lagi diri ini memohon kemaafan andainya tingkahku selama ini ada yang tidak menyenangkan. Aku tahu, kalian juga menghadapi pelbagai masalah. Cuma ianya berbeza bagi setiap orang.


Sahabat-sahabatku dan adik-adikku nun jauh disana. Kuatkanlah semangat kalian untuk terus berdiri dalam saff perjuangan ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan keredhaan Al-Khaliq. Bersama-samalah kita meneruskan perjuangan di muka bimu Allah ini. Insya’ Allah... ameenn..


Doakan semoga diri ini kekal dalam saff perjuangan di jalanNya walau di mana jua berada.