Thursday, January 29, 2009

Meniti ranjau perjuangan...

Ya Allah...

Sesungguhnya hambaMu ini insan yang kerdil dan lemah,

Maka berilah pertolongan disaat aku buntu,

Aku hanya mengharapkanMU disaat ku tak tahu halatujuku.


Ya Rabbi...

Kutahu Engkau tidak membebankanku dengan bebanan yang tidak mampu ku pikul,

Tapi aku tidak tahu mampukah aku memikul tanggungjawab ini?

Jawapannya ada padaMu Tuhanku...

Dan apa yang pasti aku tidak mampu memikulnya sendirian.


Ya Rahman...

Dengan sifat pengasih dan penyayangMu ini,

Kau kurniakan aku sahabat-sahabat yang berdiri bersamaku.

Ku panjatkan rasa kesyukuran atas rahmanMu Ya Khaliq,

Semoga dengan pemberianMu ini mampu membuatku terus istiqamah di jalanMu yang mulia.


Allahumma ya muqallibal qulub...thabit qulubana ‘ala diinik wa ‘ala to’atik....

Teruskan perjuanganmu wahai mujahidah!

Alhamdulillah... insan kerdil ini masih diberi peluang oleh Al-Khaliq untuk menghirup udara segar dan oksigen di bumi yang indah ini.

Banyak dugaan juga dalam memblog ni. Baru menulis satu perenggan, dah tergendala lagi. Ini kali ke-3 menulis. Hmmm... Tapi syukur alhamdulillah hari ni diberi masa untuk berehat sebentar. Selama beberapa hari takwim kampus ber'cuti' dan selama beberapa hari ini juga la diri kerdil ini berkejaran kesana-sini. Benarlah kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna; al-wajibat aksaru minal auqat...

Alhamdulillah... syukur dipanjatkan kerana program yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Semoga ukhwah diantara semua peserta dan urusetia terjalin dengan baik. Dan diharapkan semua beroleh manfaat dari program ini.Nisa' Indoor Games
Tapi, apa yang penting... pokok tongkat ali yang dicari selama beberapa hari untuk assignment telah dijumpai. Huhu... ada hikmahnya aku balik kampung walaupun sehari semalam sahaja. Bersabarlah ya keluargaku. Diri ini hanya pinjaman Allah kepada kalian dan kalian juga adalah pinjaman Allah buatku.
pokok tongkat ali (eurycoma longofolia)
Insya' Allah... suatu hari kita akan pulang juga kepada pencipta. Semoga kita dipertemukan lagi di alam sana. Amiinnn...
anak saudaraku (Nur Aisyah)

Thursday, January 22, 2009

Nisa' Indoor Games


Tarikh: 24 Jan 09 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Letak kereta di hadapan Madrasah Islamiyah (hadapan Wisma Muis)

Kepada sahabat2 muslimat yang berkelapangan dijemput hadir untuk memeriahkan program Nisa' Indoor Games 2009. Pelbagai acara menarik dan demo menanti anda. Jumpa di sana...

"Nisa' connecting youth"

Malam bersamamu Palestin


Tarikh : 24 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS

Persembahan istimewa Mu'adz, Tayangan Palestin,
Persembahan Pentomin, Gerai / Pameran
dan banyak lagi...


Anjuran :
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah
dan CONCERN

Dengan Kerjasama :
JAKIM Sabah dan JHEAINS

Semua dijemput hadir bagi menunjukkan rasa kemanusiaan kita
terhadap penderitaan rakyat Palestin
.

Sumber : www.islamreturn.blogspot.com

Friday, January 16, 2009

Hancur Kuffar!!!



Semua Blogger Mujahidin diminta bersedia untuk melancarkan 'Boikot Berstrategi' yang kita akan lancarkan mulai hari Isnin yang lalu, InsyaAllah.. Allahuakbar!!!

Wednesday, January 7, 2009

Perginya tak kembali...

Baru tersedar rupanya hari ni tanggal 10 Muharram... hari Asyura. Kuliah baru 3 hari bermula. Melangkah ke alam perkuliahan pada semester ini memang perlukan usaha yang berlipat ganda. Macam2 perasaan datang. Takut, risau, gelisah... bersemangat pun ada. Apa taknya, semester terakhir insya' Allah. Dengan jam kredit yang agak berat seiring dengan projek 2 yang sentiasa menunggu saat untuk dihantar.

Masa yang berlalu tidak disedari. Perginya begitu laju sekali. Kuliah subjek minor yang bermula jam 2 ditamatkan awal pada hari ini iaitu sejam kemudiaannya memandangkan hanya pengenalan kepada kursus itu sahaja. Dan petang ini, saya dikejutkan dengan mesej dari kakak sulung saya. "Dik, ai ngemban no mak to... sini kemuap." (dik, atuk dah meninggal...tadi petang). Saya tak mampu berkata. Nak balik ke tak. Memang nak balik tapi hujan begitu lebat. Lalu saya ambil keputusan untuk balik ke bilik. Selesai solat Asar saya bacakan yasiin untuk arwah atuk.Walaupun saya tidak begitu rapat dengan atuk, tapi pemergiannya terkesan juga dihati. Dia tetap atuk yang membesarkan ayah saya. Sedih tidak sempat bertemunya. 'Tok, maafkan cucumu ni ya... maafkan ayah juga. Semoga atok tenang di alam sana." Semoga kita dipertemukan lagi di akhirat kelak. Insya' Allah...Dalam masa terdekat ini ramai yang ditinggalkan insan tersayang. Sahabat, nenek, atuk, adik... semuanya dijemput Allah lebih awal. Pergi yang tak kembali... kerna perginya menyahut seruan Ilahi. Buat diri yang masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan, hargailah peluang yang ada untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Kerja masih banyak menanti. Bak kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna,
kewajipan lebih banyak dari masa yang ada pada kita.

Hargai peluang yang ada... hargai insan tersayang... Teruskan perjuangan!

Monday, January 5, 2009

DOSA BOLEH HALANG CAHAYA ILMU



Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".


Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata: "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".


Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam.


Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)". Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya". Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu.


Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu."