Friday, December 25, 2009

Jihad Akademik; 8A PMR!

Tahniah buat adik2 yang berjaya dalam peperiksaan PMR tahun ini. Alhamdulillah adik2 telah berjaya menunaikan jihad akademik adik2. Warga PSS khususnya PSSKB dan KRUKB mengucapkan sekalung tahniah buat adik Rabiatul Nazira dari SMK Arshad Kota Belud kerana berjaya mendapat 8A dalam PMR tahun ini. Semoga kejayaan adik Bia menjadi contoh kepada adik2 yang lain. Bagi yang kurang bernasib baik jangan bersedih dan berduka, teruskan perjuangan akademik adik2 untuk menempuh peperiksaan akan datang seperti SPM dan STPM.
adik Bia (kanan) bersama sahabar seperjuangan
Kami mendoakan kejayaan buat adik2 semua.
Eratkan ukhuwwah, tingkatkan akademik dan mentapkan gerak kerja!

Monday, December 7, 2009

Kem Kepimpinan Pelajar 2009 (KemPin ’01)

4-6/12/09 (Jumaat-Ahad)
Kg. Rosok, KB

banner made by psskb

Alhamdulillah program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan izin Allah walaupun berbekalkan tenaga penggerak yang terhad dan kehadiran peserta yang kurang memuaskan. Sebahagian peserta yang terpilih tidak dapat menghadiri program inidi saat2 akhir kerana pelbagai masalah yang dihadapi. Sayabas dan tahniah diucapkan kepada adik2 peserta yang berjaya mengikuti program ini.

Syukur juga dipanjatkan kerana program ini mencapai objektifnya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Namun, bagi seorang pejuang halangan dan rintangan itu tidaklah melemahkan semangat perjuangan kerana itulah asam garam perjuangan. Para peserta, AJK juga penceramah yang tersesat jalan menuju tapak program menunjukkan perjuangan itu penuh rintangan. Namun, kita dapat menjumpai tapak program itu apabila mengikuti jalan yang grable bukanlah jalan yang senang dan mudah. Nasi yang bubur dihari pertama program juga dirasakan begitu enak apabila dicampur dengan bahan2 perasa. Jika hari pertama nasi tidak habis, pada hari kedua dulang menjadi licin dan hari ketiga tidak sabar menunggu masa makan. Begitulah ibaratnya perjuangan, akan menjadi manis jika dilakukan dengan hati yang ikhlas dan penuh kefahaman bukan atas dasar semangat semata-mata. Apatah lagi ditambah dengan perisa ukhwah fillah sesama sahabat seperjuangan. Pesanan buat adik2 yang baru mengenal erti perjuangan dan kepada sahabat2 yang telah arif tentang perjuangan, ingatlah matlamat perjuangan kita iaitu menegakkan Islam di muka bumi Allah ini dan mencari redhaNya. Hayatilah dan fahamilah lagu tema program ini...

Gelombang Keadilan
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah di nanti
Tak takut cita-cita gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Ku tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga.


- Teruskan perjuangan walau dimana kita berada dalam keadaan apa jua pun.
- Kita bukanlah pemula dan pengakhir kepada perjuangan ini tetapi penyambung kepada rantai perjuangan yang dimulakan oleh para Rasul dan Nabi terdahulu.
- La tahzan wala takhof, innallaha ma’ana.

sumber: http://psskb.blogspot.com/

Thursday, December 3, 2009

Aku & Perjuangan (bhg 7-cita2ku)

Alhamdulillah... sebulan berlalu dengan title ku sebagai seorang pendidik. Akhirnya, cita-cita ku dahulu ingin menjadi ‘guru bahasa arab’ tercapai jua walaupun cita2 ku kini telah berubah. Hebat sungguh perancangan Allah.

Baru terlihat hikmah yang berlaku disebalik perancangan Allah sejak beberapa tahun yang lalu. Aku yang tidak mahu masuk matrikulasi dicampak ke sana dan melepaskan peluang memasuki bidang kuminati. Setelah menempuh dugaan yang berat dihati ini, aku akhirnya berjaya juga gred pada bulan lalu.

“Kita merancang Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah.”

Thursday, November 5, 2009

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN


Dalam hidup ini,

Kita tak punya sesiapa, kecuali diri sendiri………….

Tetapi……dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana…

Mempunyai sahabat yang memahami kita,

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,

Begitulah juga dirinya,

Tetapi kita sering lupa akan hal itu.

Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya….?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa….tetapi kita sering lupa…..

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,

Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,

Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita,

Harapan dan impian juga kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang kita terlupa,

Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya…?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita…?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,

Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa

dan menyerah kalah…?

Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,

Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah..?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…

Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa….

Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat….

Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu….

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan,

Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan….

Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan……

Kita tidak tahu…

Tetapi …jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,

Mungkin kita akan tahu……

RENUNGILAH…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.

Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan………….

WALLAHU’ALAM