Tuesday, December 30, 2008

Selamatkan Palestin!

Dalam kita sibuk bercerita mengenai azam baru Awal Muharram 1430H, saudara2 kita mengalami nasib yang berlainan di Palestin sana apabila tentera Israel melancarkan serangan di Gaza..
GAZA: Israel tidak mempedulikan reaksi antarabangsa mengenai kekejamannya di Gaza dengan meneruskan kempen ketenteraan pada hari ketiga bertujuan menghapuskan sama sekali pergerakan Hamas yang sehingga ini mengorbankan 318 orang dan mencederakan 1,400 lagi.
-berita harian online-"Kita menyeru umat Islam seluruh negara mengadakan dan solat hajat dan demonstrasi di semua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini.

"Umat Islam di Malaysia mesti menegaskan pendirian terhadap negara pengganas Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti memperharui serta mempertajam kempen boikot terhadap produk Amerika da Israel," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Ayuh kaum muslimin kita bantu rakyat Palestin.. kita tidak mampu untuk turun ke Palestin tetapi kita mampu menadah tangan mendoakan mereka!

Monday, December 29, 2008

Awal Muharram pencetus semangat baru

Salam maal Hijrah buat semua umat Islam...

Alhamdulillah... bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan kasih sayangNya kita diberi peluang dan kesempatan untuk bertemu dengan tahun baru 1430H ini.

doa akhir tahun
doa awal tahun
Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya...

FATWA YOGA

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis

http://www.islam.gov.my/portal