Friday, November 21, 2008

INDAHNYA UKHWAH FILLAH

Lama rasanya tak menulis dalam blog ini. Dan entah kenapa hari ini hati terasa tertarik untuk menulis. Menulis kisah persahabatan yang terjalin. Kutitipkan tulisan ini buat sahabat seperjuangan yang disayangi.

Nampaknya hari ini ramai sahabat-sahabat balik bercuti meninggalkan bumi kampus ini. Terasa sedih menyayat hati... apa taknya, bilik yang sentiasa riuh dikunjungi para sahabat kini sepi. Apatah lagi sahabat yang sering bersama ketika susah dan duka, ceria dan gembira meninggalkan diri ini sendirian. Menitis juga airmata mengenangkan perpisahan sementara ini. Huh... baru terasa manisnya ukhwah. Jika selama 4 semester ini tinggal bersama kawan-kawan bukan seagama, kini ditakdirkan pula sebilik dengan sahabat seperjuangan. Betapa jauh bezanya persahabatan kerana Allah dan persahabatan atas dasar serumah sahaja.

Mengimbas kembali kenangan bersama sahabat-sahabat selama satu semester ini, tersangat manis rasanya walaupun ada juga peristiwa pahit. Umpama kata-kata yang diterima melalui sms dari seorang sahabat:

“Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta, kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat. Yakin pada Yang Maha Esa, sama-samalah teruskan perjuangan menempuh onak duri dunia hakiki.”

Kisahnya bermula dengan pemergian seorang sahabat merangkap adik usrah yang kembali ke pangkuan Ilahi. Tak dapat digambarkan bagaimana pilunya sahabat-sahabat dengan kehilangan orang yang dikasihi. Sampaikan ada yang hilang seri hidup, dan disinilah bermulanya keakraban antara sahabat-sahabat seperjuangan ini. Bermulalah suasana kunjung-berkunjung saling ziarah-menziarahi antara sahabat untuk memulihkan semangat yang hilang. Dan, bilik ini (gerai raya 2) menjadi tempat pertemuan para sahabat... sebab disini juga banyak kenangan bersama arwah hinggakan tidak boleh tinggal seorang diri dalam bilik ini.

Masa berlalu dengan pantasnya... dan hujung semester bertandang. Maka, pelbagai ragam timbul dikalangan sahabat ini. “Ish..ish... aku kena siapakan tesis nie, nak hantar lusa. Ada ink ke? Aku habis ink la”....”alamak! assognment banyak lagi tak siap!”...”Dah nak exam nie, dah study ke?”....”sebulan dah usrahku tak jalan, macam mana nie?”... Pelbagai ujian menimpa...dan bilik ini menjadi tempat untuk meluahkan perasaan. Makanya, keluarlah idea pelik-pelik tapi tidaklah sampai tahap mengarut untuk mengurangkan tekanan ini....mandi pantai ODEC, riadhah di kompleks sukan sambil berusrah, jamuan jagung dan sebagainya. Ukhwah pun semakin erat... Sahabat, terima kasih atas segalanya.

Manakala 2 orang sahabat ini lain pula ceritanya. Raudhah dan Ummu Dzar yang pelik-pelik rancangannya. Kisahnya bermula dengan tesis... dugaan yang hampir sama...tak cukup ink dan kertas, kena marah penyelia dan lain-lain lagi. Ukhwah semakin akrab semasa menyiapkan tesis dan menyelesaikan masalah usrah yang tertangguh. Boleh jadi contoh naqibah terbaik! Hehehe... Lebih terharu lagi apabila sahabat ini sanggup meredah hujan lebat di suatu petang setelah berbuka puasa Ramadhan semata-mata untuk menjemput sahabatnya yang baru balik dari Labuan di pelabuhan. Inilah sahabat yang sebenar... menempuh suka duka bersama. Dikala sahabatnya lemah, dia membantu memulihkan semangat. Inilah antara mesej yang dihantar buat pemujuk hati ketika lemah.

“Tarbiyah Allah amat mahal...tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian... Adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih daripada kelembutan... Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk didunia. Justeru itu, mengadulah padaNya, setiap titisan airmata yang mengalir amat bernilai dan berharga disisi Allah... Ya Allah ya tuhanku, tuhan yang membolak-balik hati kami, tetapkan hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Berkati dan rahmatilah hidup kami sebagai tentera-tentera Allah.” HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID!

“Dimana sahaja ‘dia’ berada pasti Islam akan agung semula. Bila sahaja ‘dia’ berbicara, pasti syaitan akan membencinya. Bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga. Untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya, nurnya takkan pernah sinaran menerangi insan disekelilingnya. Semoga dikaulah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama...

Ya Allah... siapakah layak menjadi ‘dia’ yang dinyatakan dalam mesej tersebut? Aku tidak layak sahabatku.. tetapi, berusahalah kita menjadi ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama.

Semoga kita dipertemukan lagi disemester hadapan yang mungkin lebih banyak mehnah dan tribulasinya. Ya, semester akhir untuk kita (2 orang sahabat yang diceritakan di atas)...Insya’Allah... Halalkan makan minum, maafkan segalalanya.. janji yang tak tertunai (rancang nak pergi pameran karvival Islam..tup..tup sampai ke Labuan), bahasa yang mengguris, perlakuan yang tidak menyenangkan... sentiasalah menasihati insan yang dhaif ini. Semoga tabah selalu dan istiqamah dalam perjuangan agama Allah!

0 comments:

Post a Comment