Tuesday, September 23, 2008

Salam 'Eidul Fitri

Hari lebaran bakal tiba tidak lama lagi dan Ramadhan Al-Mubarak juga akan melabuhkan tirainya menjelangnya Syawal yang bahagia...
Aku termenung... sudah cukupkah amalanku sepanjang Ramadhan ini berlalu??? Alangkah sia-sianya Allah menghadiahkan Ramadhan ini jika aku membiarkannya berlalu pergi begitu sahaja... Ya Allah... berkatilah aku... rahmatilah aku... dan ampunilah dosa-dosaku serta semua kaum muslimin di muka bumiMu ini Ya Allah...
Semoga sisa Ramadhan yang berbaki ini dapat ku manfaatkan. Ayuh! Bersama-samalah kita merebut peluang yang masih ada untuk mengejar maghfirah Allah kerana kita tidak pasti sama ada akan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan atau tidak. Salam Lailatul Qadr...

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1429H.

Saturday, September 13, 2008

Karnival Ibadah


MUHASABAH RAMADHAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah…

Alhamdulillah...segala pujian bagi Allah kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya insan yang kerdil ini masih diberi peluang untuk menghirup udara segar dan oksigen di muka buminya ini. Apatah lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kini masuknya 13 Ramadhan 1429H. Tanpa disedari, Ramadhan kini berada dipertengahannya... Adakah Ramadhan yang telah berlalu terisi dengan ibadah yang dengan kesungguhan?
Sedihnya melihat umat ISLAM hanya membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Yang dititik beratkan hanyalah juadah berbuka puasa, baju raya dan sambutan raya yang meriah. Sedangkan saudara Islam kita yang berada di bumi lain seperti Palestin tidak dapat mengecapi nikmat keamanan sepertimana yang kita kecapi di bumi Malaysia ini. Persoalannya...Tidak terfikirkah kita keadaan mereka? Bukankah mereka saudara kita juga? Mereka tidak mengharapkan kita turun membantu mereka kerana ianya suatu yang mustahil sedangkan penderitaan mereka pun kita tidak cuba rasai. Tetapi...apa yang mereka harapkan melainkan DOA dari saudaranya di merata bumi Allah ini.
Tidakkah kita sedar bahawa kita akan ditanya di akhirat kelak, apakah usaha kita dalam membantu mereka yang ditindas dan dizalimi ini? Pastinya mereka akan mempersoalkan... ”Dimanakah kaum muslimin semasa kami ditindas? Apakah yang mereka lakukan untuk membantu kami???” Anak-anak kecil para syahidin menjadi saksi kepada kita... sedarlah...titiplah secebis doa buat mereka dibulan yang mulia ini... Sesungguhnya doa orang yang berpuasa itu mudah dimakbulkan Allah...

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1429H

4 LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU.....
"Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda sertaanak-anak lelaki anda...kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dandengan ikhlas..Janganlah anda menyakiti kaum hawa hanya kerana lahiriahnya wanita adalah kaum yg lemah. suami janganlah mendera isteri semata2 melepaskan amarah diri. bapa janganlah menjadi haruan kelaparan, abang janganlah menjadi lelaki durjana anak janganlah menjadi anak durhaka. wanita bukan dilahirkan untuk disakiti, untuk dicaci dan dimaki, sebaliknya wanitalah yg memberi cahaya kebahagiaan kepada lelaki. Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ????? Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKINYA TANPA HISAB.