Wednesday, August 27, 2008

Aurat????




Aku, Dia dan ISLAM!

Keceriaan dan kebahagian adalah impian setiap insan. Dan, untuk
mencapai perkara tersebut, kita terpaksan melalui pelbagai onak duri cubaan untuk mampu kita meraih keindahan dalam kehidupan ini.

Pejuang Islam seringkali dimomokkan dengan pelbagai ujian, cabaran, dugaan dan rintangan. Sememangnya, sesiapa yang memilih perjuangan Islam sebagai cara hidup dan pegangan pendiriannya, pasti akan melalui perkara yang mungkin tidak seindah seperti mana yang sering diimpikan.

Adakah pejuang Islam tidak berhak mengecap kebahagiaan? Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bergembira? Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bahagia?

Semua insan mahukan perkara itu! Itu lumrah naluri manusia. Islam tidak melarang pejuangnya untuk mengecapi bahagia. Banyak hadis dan para hukama yang menyeimbangkan perkara tersebut.

Namun, apa yang nak diperbincangkan disini ialah, menjadi seorang
pejuang Islam PASTI akan menerima pelbagai cemuhan, ejekan, perlian, pandangan sinis, umpatan dan sebagainya. Pejuang Islam akan dipandang ‘ganjil’ di mata masyarakat. Manusia yang sebenarnya pada pandangan masyarakat ialah menjadi ‘insan biasa’ seperti mana manusia lainnya. Menjadi pejuang Islam ialah satu tiket menjadi ‘insan luarbiasa’!

Realiti yang hendak disampaikan disini ialah, ‘itulah yang berlaku’!
Perjuangan di luar tidak seindah perjuangan di dalam. Maka, ramai yang tidak mahu menghadapi risiko kehilangan kebahagian akan mengambil jalan pintas sebagai pejuang Islam ialah dengan hanya menonton sahaja.

Sememangnya, jika tiada ketelusan hati yang jernih hanya pada Islam,
kita tidak mampu untuk mencari perjuangan! Jiwa lesu dan tidak tahu apa lagi yang hendak diperjuangkan.Sesiapa yang masih menjadikan Islam sebagai dirinya, pasti akan menerima
kritikan, di perli, dan sebagainya.

Akhirun kalam, walau apapun yang terjadi, istiqamahlah. Nilailah yang
mana kaca dan yang mana permata. Janji Allah pasti tiba! Jika bukan disini, pasti akan terjadi disana! Sesungguhnya kemanisan perjuangan Islam tidak seperti manisnya gula yang semua orang tahu akan kemanisannya. Ia seperti manisnya buah. Akan terasa manisnya, jika kita sendiri yang merasa dan memakannya!

SEMARAKKAN PERJUANGAN!

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..1429H

"Ya Allah, pertemukan kami dengan Ramadhan. Bantulah kami Ya Allah
untuk menunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya dan melakukan
Qiam pada malamnya. Ya Allah, terimalah segala amalan kami ini. Amin"

Untukmu Hawa

Hawa..
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam,

kita dizalimi,
Hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada
penghormatan walau
secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata Adam,
kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.
Tapi kini bila rahmat Islam
menyelubungi alam bila sinar Islam berkembang,
darjat kita diangkat,
maruah kita terpelihara, kita dihargai dan
dipandang mulia,
Dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada
sebaik-baik hiasan di
dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan
Islam itu? Kenapa mesti
engkau kaku dalam mentaati ajaranNya,
kenapa masih segan mengamalkan
isi kandungannya dan kenapa masih was-was
dalam mematuhi perintahNya?

Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta
dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan
memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi
hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga
yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi
cinta dari insan yang juga menyintai
Allah.Cintailah kedua ibubapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana
tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang
mengoncang buaian ini
bias mengoncang dunia dalam mencapai
keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang
keimanan kaum Adam,
Kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.