Tuesday, December 30, 2008

Selamatkan Palestin!

Dalam kita sibuk bercerita mengenai azam baru Awal Muharram 1430H, saudara2 kita mengalami nasib yang berlainan di Palestin sana apabila tentera Israel melancarkan serangan di Gaza..
GAZA: Israel tidak mempedulikan reaksi antarabangsa mengenai kekejamannya di Gaza dengan meneruskan kempen ketenteraan pada hari ketiga bertujuan menghapuskan sama sekali pergerakan Hamas yang sehingga ini mengorbankan 318 orang dan mencederakan 1,400 lagi.
-berita harian online-"Kita menyeru umat Islam seluruh negara mengadakan dan solat hajat dan demonstrasi di semua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini.

"Umat Islam di Malaysia mesti menegaskan pendirian terhadap negara pengganas Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti memperharui serta mempertajam kempen boikot terhadap produk Amerika da Israel," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Ayuh kaum muslimin kita bantu rakyat Palestin.. kita tidak mampu untuk turun ke Palestin tetapi kita mampu menadah tangan mendoakan mereka!

Monday, December 29, 2008

Awal Muharram pencetus semangat baru

Salam maal Hijrah buat semua umat Islam...

Alhamdulillah... bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan kasih sayangNya kita diberi peluang dan kesempatan untuk bertemu dengan tahun baru 1430H ini.

doa akhir tahun
doa awal tahun
Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya...

FATWA YOGA

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis

http://www.islam.gov.my/portal

Tuesday, November 25, 2008

...bertemu kembali...

Hari ini Raudhah akan pulang ke kampung. Jadi, mohon maaf jika blog nie x terupdate. Maklumlah... kampung manada internet... adapun low giler! Tapi, insya'Allah akan diusahakan untuk mengupdatenya...

25/11/2008
Selasa

Jom berprogram!

Program pertama ketika cuti (cuti dalam takwim IPT):Barisan AJK dan fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program nie, dengan bantuan Allah jua...
Adik-adik peserta dari SK Sembulan...Fasilitator bersama adik-adik...

Semoga istiqamah dalam perjuangan! Bersama manfaatkan cuti yang ada...

Friday, November 21, 2008

INDAHNYA UKHWAH FILLAH

Lama rasanya tak menulis dalam blog ini. Dan entah kenapa hari ini hati terasa tertarik untuk menulis. Menulis kisah persahabatan yang terjalin. Kutitipkan tulisan ini buat sahabat seperjuangan yang disayangi.

Nampaknya hari ini ramai sahabat-sahabat balik bercuti meninggalkan bumi kampus ini. Terasa sedih menyayat hati... apa taknya, bilik yang sentiasa riuh dikunjungi para sahabat kini sepi. Apatah lagi sahabat yang sering bersama ketika susah dan duka, ceria dan gembira meninggalkan diri ini sendirian. Menitis juga airmata mengenangkan perpisahan sementara ini. Huh... baru terasa manisnya ukhwah. Jika selama 4 semester ini tinggal bersama kawan-kawan bukan seagama, kini ditakdirkan pula sebilik dengan sahabat seperjuangan. Betapa jauh bezanya persahabatan kerana Allah dan persahabatan atas dasar serumah sahaja.

Mengimbas kembali kenangan bersama sahabat-sahabat selama satu semester ini, tersangat manis rasanya walaupun ada juga peristiwa pahit. Umpama kata-kata yang diterima melalui sms dari seorang sahabat:

“Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta, kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat. Yakin pada Yang Maha Esa, sama-samalah teruskan perjuangan menempuh onak duri dunia hakiki.”

Kisahnya bermula dengan pemergian seorang sahabat merangkap adik usrah yang kembali ke pangkuan Ilahi. Tak dapat digambarkan bagaimana pilunya sahabat-sahabat dengan kehilangan orang yang dikasihi. Sampaikan ada yang hilang seri hidup, dan disinilah bermulanya keakraban antara sahabat-sahabat seperjuangan ini. Bermulalah suasana kunjung-berkunjung saling ziarah-menziarahi antara sahabat untuk memulihkan semangat yang hilang. Dan, bilik ini (gerai raya 2) menjadi tempat pertemuan para sahabat... sebab disini juga banyak kenangan bersama arwah hinggakan tidak boleh tinggal seorang diri dalam bilik ini.

Masa berlalu dengan pantasnya... dan hujung semester bertandang. Maka, pelbagai ragam timbul dikalangan sahabat ini. “Ish..ish... aku kena siapakan tesis nie, nak hantar lusa. Ada ink ke? Aku habis ink la”....”alamak! assognment banyak lagi tak siap!”...”Dah nak exam nie, dah study ke?”....”sebulan dah usrahku tak jalan, macam mana nie?”... Pelbagai ujian menimpa...dan bilik ini menjadi tempat untuk meluahkan perasaan. Makanya, keluarlah idea pelik-pelik tapi tidaklah sampai tahap mengarut untuk mengurangkan tekanan ini....mandi pantai ODEC, riadhah di kompleks sukan sambil berusrah, jamuan jagung dan sebagainya. Ukhwah pun semakin erat... Sahabat, terima kasih atas segalanya.

Manakala 2 orang sahabat ini lain pula ceritanya. Raudhah dan Ummu Dzar yang pelik-pelik rancangannya. Kisahnya bermula dengan tesis... dugaan yang hampir sama...tak cukup ink dan kertas, kena marah penyelia dan lain-lain lagi. Ukhwah semakin akrab semasa menyiapkan tesis dan menyelesaikan masalah usrah yang tertangguh. Boleh jadi contoh naqibah terbaik! Hehehe... Lebih terharu lagi apabila sahabat ini sanggup meredah hujan lebat di suatu petang setelah berbuka puasa Ramadhan semata-mata untuk menjemput sahabatnya yang baru balik dari Labuan di pelabuhan. Inilah sahabat yang sebenar... menempuh suka duka bersama. Dikala sahabatnya lemah, dia membantu memulihkan semangat. Inilah antara mesej yang dihantar buat pemujuk hati ketika lemah.

“Tarbiyah Allah amat mahal...tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian... Adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih daripada kelembutan... Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk didunia. Justeru itu, mengadulah padaNya, setiap titisan airmata yang mengalir amat bernilai dan berharga disisi Allah... Ya Allah ya tuhanku, tuhan yang membolak-balik hati kami, tetapkan hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Berkati dan rahmatilah hidup kami sebagai tentera-tentera Allah.” HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID!

“Dimana sahaja ‘dia’ berada pasti Islam akan agung semula. Bila sahaja ‘dia’ berbicara, pasti syaitan akan membencinya. Bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga. Untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya, nurnya takkan pernah sinaran menerangi insan disekelilingnya. Semoga dikaulah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama...

Ya Allah... siapakah layak menjadi ‘dia’ yang dinyatakan dalam mesej tersebut? Aku tidak layak sahabatku.. tetapi, berusahalah kita menjadi ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama.

Semoga kita dipertemukan lagi disemester hadapan yang mungkin lebih banyak mehnah dan tribulasinya. Ya, semester akhir untuk kita (2 orang sahabat yang diceritakan di atas)...Insya’Allah... Halalkan makan minum, maafkan segalalanya.. janji yang tak tertunai (rancang nak pergi pameran karvival Islam..tup..tup sampai ke Labuan), bahasa yang mengguris, perlakuan yang tidak menyenangkan... sentiasalah menasihati insan yang dhaif ini. Semoga tabah selalu dan istiqamah dalam perjuangan agama Allah!

lagi...

BULAN KEROHANIAN & SAHSIAH
ANJURAN EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH
KOLEJ KEDIAMAN E
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
10/1/09-18/1/08

marilah beramai-ramai menginfaqkan masa, harta dan jiwa anda untuk Islam! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda... sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan buka semester hadapan...
Aramai tii...

Akan datang....

YOUTH SUMMER CAMP 2008 (YSC ’08)

Kali-2

(12-14 DISEMBER 2008)

ANJURAN PERSATUAN SISWAZAH SABAH (PSS)


Makluman:

Kepada semua sahabat yang berkaitan; sila update nombor hp dan alamat e-mail anda ke nombor telefon 013-7143840 secepat mungkin. Ini bagi memudahkan segala maklumat gerak-kerja disalurkan. Kerjasama anda amat diharapkan dan sebarang pertanyaan boleh direct ke nombor yang dinyatakan tadi. Terima kasih..

DAKWAH VS. AKADEMIK

Sebagai seorang pelajar, sudah pastinya tugas kita adalah adalah belajar, belajar, dan terus belajar. Belajar apa? Menuntut ilmu yang baik, semua ilmu yang baik itu ilmu Allah jua. Yang tidak baik itu datang nya dari iblis laknatullah. Contoh yang tidak baik ilmu sihir, ilmu hitam dan lain-lain. Yang baik selain dari yang tidak baik.

Maka timbullah kontroversi dikalangan pelajar ini. Mana yang aulawiyat, dakwah atau akademik? Jawapannya; akademik nombor satu dakwah bukan nombor dua. Ianya seiring dan berkadar langsung.

Namun, masih terdapat suara-suara yang mengatakan; “Tak perlu lah kamu aktif sangat tu, tumpukan pada akademik. Kita kena bawa satu contoh yang baik sebagai umat Islam.” Memang benar kita perlu bawa satu contoh yang terbaik, tetapi bukan dengan cara meninggalkan medan dakwah dan perjuangan! Namun, masih ada yang kurang mengerti. Buktinya, terdapat beberapa ajk surau (adalah surau mana) menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai ajk surau dengan alasan akademik. Ada pelajar yang mengelakkan diri dari mengikuti program kerohanian dengan alasan study.

Cuba fikirkan semula, seandainya semua pelajar yang faham perjuangan dengan bilangan yang sedikit ini meletakkan jawatan dalam mana-mana platform dan berhenti dari menganjurkan program-program kerohanian... siapakah yang akan menyeru kepada Islam? Siapakah yang akan mencegah kemungkaran? Rasanya, akan ramailah umat Islam yang murtad. Lebih-lebih lagi dengan gerakan musuh-musuh Islam yang begitu aktif khususnya di bumi Sabah dan Sarawak. Dan yang paling utama, apakah jawapan kita terhadap soalan malaikat di alam barzakh nanti??

Imbaslah kembali sejarah As-Syahid Hassan Al-Banna...

MARDHATILLAH... MENUJU REDHA ALLAH...

Thursday, November 13, 2008

JIHAD? PERJUANGAN???

Mungkin kita selalu mendengar perkataan ‘perjuangan’. Pasti ramai juga yang mengatakan; “selamat berjuang”, “teruskan perjuangan”, dan macam-macam lagilah yang dikaitkan dengan perjuangan. Tetapi, adakah kita faham apa itu pejuangan dan apakah yang sebenarnya diperjuangkan?

Malaysia bertungkus-lumus memperjuangan kemerdekaannya 50 tahun dahulu, bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain sehabis baik memperjuangkan hak bangsanya, pelajar berhempas pulas memperjuangkan akademiknya dan Rasulullah serta pengikut-pengikutnya bersusah-payah memperjuangkan syiar agama Islam.
Apakah pula yang kita perjuangkan???

Rasulullah telah bersabda:
“Barangsiapa mengatakan la ilaha illallah, maka dia adalah dai’e”

Dan Allah juga ada mewahyukan:

"Kalian adalah
ummat terbaik yang dilahirkan untuk (membimbing dan memperbaiki) manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah...." (Al-Qur'an, Ali-'Imran, 3: 110).

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Sudah pasti tugas dakwah ini tidak terpikul di bahu orang yang bergelar ustaz atau ustazah sahaja, tetapi semua yang mengaku Islam.


Saya akan mengulas sedikit tentang perjuangan dalam konteks Islam, yakni lebih dikenali sebagai jihad. Dalam buku PEPERANGAN RASULULAH S.A.W. ada menyentuh, jihad terdapat dua bentuk iaitu jihad umum dan khusus. Pengertian jihad umum ialah se
gala usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum atau perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala Thagut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah dan ia merangkumi pelbagai jenis iaitu jihad mali (harta), tablighi (menyampaikan dakwah), ta’limi (pembelajaran), siyasi (politik), dan qital (peperangan). Adapun jihad khusus, ia ditujukan para ulama’ kepada qital fi sabilillah iaitu berperang di jalan Allah SWT. Untuk maklumat tambahan bolehlah mencari buku tersebut untuk mengetahui sirah perjuangan Rasulullah SAW.

Dan pastinya dalam perjuangan ini terdapat perbagai mehnah dan tribulasi yang sedia menanti. Dalam buku RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH karangan Us. Fathi Yakan ada menyebut bahawa 5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam iaitu:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii)
Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya

iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya


Ketahuillah wahai sahabatku, sesungguhnya Allah SWT pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an dengan firmanNya:


“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al Ankabut: 1-3)


Maka, bersabarlah duhai sahabatku. Semoga terus istiqamah di jalan dakwah ini. Kita bukanlah pemula dan pengakhir rantai perjuangan,tetapi penerus rantai perjuangan ini agar tidak terputus.

CUTI...OH CUTI...

Alhamdulillah… Akhirnya dapat rehat sekejap dari gelanggang peperiksaan. Almaklumlah ‘exam’ dah habis. Kawan-kawan yang asyik perli semacam aje; “KI dah habis exam kan?”. “Iya... dah habis 10hb yang lalu.” Apa taknya, paper berderet 3, 4, 5, 6 dan 10. Begitulah kebiasaannya tarikh exam pelajar tahun akhir. Lain lah kalau tahun satu atau dua dulu. Hari first exam ada paper, hari last pun ada paper. Bosan juga menunggu paper begitu lama, sempat lagi jalan-jalan ke Tanjung Aru.... tambahan lagi senior-senior dah tarik beg balik kampung. Setelah tamatnya exam dengan lebih awal kali ini, bolehlah buka balik fail-fail lama dan kerja-kerja yang tertangguh sebelum ini. Hehehe...

Cerita bab cuti, mesti banyak masa free kan? Bagi pelajar biasa memang banyak masa kosong, tapi bagi pelajar yang aktif sudah tentu banyak aktiviti sepanjang cuti sampaikan tiada masa rehat. Itulah yang sebaiknya. Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah bahawa terdapat dua nikmat yang manusia selalu leka iaitu nikmat masa lapang dan nikmat semasa sihat. Oleh itu, ayuhlah sahabat-sahabat kita manfaatkan masa cuti ini dengan sebaiknya! Antara pengisian yang boleh dilakukan ialah berprogram, mengulangkaji pelajaran, top up ilmu ukhrawi bukan sekadar duniawi sahaja, dan mungkin siapkan assignment dan tesis bagi tahun akhir.

“Barangsiapa masuk ke dalam kubur tanpa membawa bekal, maka seolah-olah dia mengharungi lautan tanpa bahtera.’ (Abu Bakar As-Siddiq) “Barangsiapa yang sedang mencari ilmu, maka syurga sedang mencarinya dan barangsiapa sedang mencari maksiat, maka neraka sedang mencarinya. (Ali bin Abi Thalib)

*p/s: Tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin. Hindari dari menuntut ilmu yang bertentangan dengan syariat!

Wednesday, November 12, 2008

BERSAHABATLAH SAMPAI KE SYURGA

Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya, dengan kebersamaan. Tapaki perguliran pagi, siang, petang dan malam, yang penuh liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling berpegangan tangan. Harus. Kita tak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnahnya dengan hanya mengandalkan kemampuan sendiri. Karena, kita diciptakan sebagai makhuk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya. “Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah.” (QS. An Nisa:28)

Kebersamaan dan pertemanan di jalan Allah lah yang akan mengantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. Ibnu Katsir mengatakan, “seluruh pertemanan dan persahabatan yang tidak karena Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan”. Begitu juga pesan Rasulullah saw dalam haditsnya, yang menyebutkan bahwa kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.

Hati-hatilah menyusuri jalan kebersamaan dengan orang-orang shalih. Waspadalah untuk tidak melakukan penyimpangan, yang membuat kesenjangan diri kita dengan mereka. Salim Abi Ja’ad mengatakan bahwa Abu Darda pernah berkata, “Hendaklah seseorang berhati-hati bila ia dibenci oleh hati orang-orang beriman dari arah yang tidak ia sadari”. Kemudian sahabat Abu Darda bertanya, “Tahukah kalian apa yang dimaksud dengan kata-kata itu?” Salim mengatakan ia tidak mengerti. Abu Darda menjelaskan, “Yaitu seorang hamba bermaksiat kepada Allah dalam keadaan sendiri lalu Allah menghujamkan kemarahan-Nya dalam hati orang-orang beriman tanpa ia sadari”. (Al Hilya: 1/215).

Kemarahan hati orang beriman, adalah kesengsaraan. Kebencian orang-orang beriman adalah pangkal kesempitan dan penderitaan. Karena merekalah sebenarnya yang dapat mengubah dunia dengan segala permasalahannya menjadi indah. Mulut-mulut merekalah yang menuangkan nasihat dan membicarakan kalimat demi kalimat yang dapat menentramkan hati. Lidah-lidah merekalah yang menyiram hati kita untuk senantiasa berada dalam keridhaan dan tidak terlalu jauh menyimpang dari ridha Allah SWT. Tangan-tangan merekalah yang menuntun kita. Telapak tangan merekalah yang tertengadah di malam sunyi dan gelap malam hingga memberi kekuatan iman dalam diri kita. Ingatlah sabda Rasulullah tentang doa seorang mukmin di tengah malam yang dijamin Allah SWT.

Bersahabat dengan mereka, akan mendekatkan kita pada Allah. Dan ketaatan kita pada Allah, juga akan mendekatkan kita pada mereka. Ibnu Asakir meriwayatkan, Abu Darda menulis surat pada Maslamah bin Makhlad. “Seorang hamba jika ia telah berbuat kebajikan untuk taat kepada Allah, maka Allah mencintainya. Bila Allah telah mencintainya, Allah akan menjadikan makhluk cinta padanya. Dan bila ia bermaksiat pada Allah, maka Allah akan memarahinya. Bila ia telah dimarahi olehnya, maka Allah akan menjadikan seluruh makhluk benci padanya”.(Tarbawi)

Saturday, November 8, 2008

Panahan PEPERIKSAAN

.............perjuangan akademik...............

Alhamdulillah, saya telah selesai menduduki 4 paper dalam minggu pertama peperiksaan ini, 3,4,5 dan 6hb. Agak pening juga la.... seperti biasa. Sesudah melangkah kaki dari dewan peperiksaan, pasti akan terdengar pelbagai keluhan dari suara-suara yang entah dari arah mana.. depan, belakang, kiri dan kanan... macam-macam ragam. Tak kira bangsa dan agama... lebih kurang saja.

Terfikir juga, sejak tahun satu kita telah didedahkan dengan makhluk yang digelar "peperiksaan" atau singkatnya dalam bahasa pasar "exam". Tapi kita masih juga risau apabila menjelangnya minggu peperiksaan. Walaupun pelbagai teknik belajar dah dihadam, sejak sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan tahap yang paling tinggi universiti. Terdapat pelbagai asbab. Mungkin tahap peperiksaan dan soalan, jurusan yang beubah-ubah dan macam-macam lagi lah. Begitulah hakikatnya... semakin dewasa, kita akan menduduki peperiksaan yang semakin mencabar. Hati mana tak risau??? Tipu lah jika ada yang tak risau bila tibanya minggu peperiksaan. Kalau adapun kira terror la tu...

Bulan ni amat sesuai jika diberi title bulan membaca. Apa taknya, mana-mana pun mesti nampak dengan bukunya, paling kurang pun dengan short note atau pendrivenya (yang tersimpan nota dan laptop sekali la). Makan dengan buku, tidur dengan buku... masuk tandas jak tak bawa buku... Itulah realiti pelajar zaman sekarang. Ilmu sekadar untuk peperiksaan. Tak semuanya tapi majoritinya. Bak kata ustaz saya semasa sekolah menengah dahulu 'al-ilmu fil-kutub'. Adakah kita tergolong dalam golongan ini???

Tapi... bila difikir semula... tak pernah pula orang risau memanjang tentang peperiksaan di alam kubur nanti. Risau pun sekadar sekejap... melainkan para 'abid dan abdu yang betul-betul mengabdikan dirinya kepada sang Khaliq. Risau kah kita? Boleh ke kita menjawab soalan dari malaikat nanti? Soalan dah bocor... tak perlu bersusah-payah mencari soalan past year. Semoga dipermudahkan menjawabnya...

Dah keluar topik perbincangan... Hehehe... bukannya exam dunia ni tak penting. Penting tersangat penting! Tapi... mesti kena dengan niatnya.. dengan niat kerana Allah. Aik, macam mana tu? Dengan mendapat pointer yang baik, jadi seorang yang berjaya insya'Allah dan sentiasa membawa Islam sebagai panduan hidup... ISLAM IS A WAY OF LIFE

OK lah... semoga sahabat-sahabat (saya juga la) dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan tenang. Ma'an najah fil imtihan... Salam perjuangan...

JIHAD AKADEMIK!!!

Wednesday, October 29, 2008

Hebat sungguh umatku!


Peliknya umatku....
Bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..
menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umatku....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.

Peliknya umatku....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku....
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka,
pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina
detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.